• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singapura Ucap Takziah Kepada Presiden AS

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutuskan sepucuk surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump untuk menyampaikan ucapan takziah beliau atas kematian kelasi AS berikutan kemalangan melibatkan kapal pemusnah peluru berpandu, USS John S McCain.

“Saya amat sedih atas kehilangan nyawa berikutan pelanggaran antara kapal pemusnah peluru berpandu Tentera Laut Amerika Syarikat, USS John S McCain dengan sebuah kapal dagang di timur Singapura pada 21 Ogos 2017.

“Bagi pihak Kerajaan Singapura, saya mengucapkan takziah kepada mangsa dan orang yang mereka sayangi. Kami akan terus berusaha dengan sedaya upaya dalam operasi mencari dan menyelamat serta membantu kelasi yang cedera untuk kembali pulih,” kata Lee dalam surat takziah itu, yang salinannya dihantar kepada Bernama di sini.

Pelanggaran antara USS John S McCain dengan Alnic MC, kapal tangki minyak dan kimia sepanjang 30,000 kaki dengan berat kasar 30,000 tan yang berdaftar di Liberia, menyebabkan lima kelasi kapal perang itu cedera, manakala 10 yang lain hilang.

Pada Selasa, Pemerintah Armada Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift berkata beberapa mayat telah ditemukan dan satu daripadanya oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Penyelam daripada Tentera Laut dan Pasukan Marin AS menjumpai mayat apabila mereka memasuki ruang terkedap di bahagian kapal berkenaan yang mengalami kerosakan semasa operasi mencari.

Mayat berkenaan dipercayai antara 10 kelasi yang dilaporkan hilang.

Kawasan pencarian yang diliputi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pelbagai agensi diterajui Singapura meluaskan kawasan mencari kepada 5,524 km persegi hari ini daripada 2,620 km persegi pada Selasa.

Singapura dan AS melakukan pencarian di sektor tengah kawasan pencarian, manakala Malaysia, Australia dan Indonesia masing-masing meliputi sektor barat laut, timur laut dan selatan. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien LoongUSS John S McCain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peningkatan Inflasi Masalah Paling Serius Buat Dunia

23/05/2022
0

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu disampaikan...

PM Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

29/11/2021
0

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd