• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Rasmi Pecah Tanah Projek Mega ECRL

oleh
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah projek prasarana pengangkutan awam Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kotasas, di sini.

Ia sekali gus menandakan bermulanya projek mega yang menjadi pencetus perubahan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di tiga buah negeri di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan Pengarah Eksekutif Kotasas Sdn. Bhd., Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.

Acara itu juga disertai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Nancy Shukri; Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Presiden China, Xi Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek berkenaan.

Projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu melibatkan pembinaan landasan berkembar dengan tenaga elektrik sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

Pembinaannya menghubungkan Lembah Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan selari dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur negara dan menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar.

ECRL bakal mengurangkan masa perjalanan rel dari Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dalam masa kurang daripada empat jam berbanding purata tujuh jam melalui jalan raya.

Menggunakan slogan ‘Menyatu Kehidupan, Memacu Pertumbuhan’, ia juga melengkapkan penggabungan pelbagai mod pengangkutan dengan mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang lebih lancar.

Projek berkenaan merupakan pemangkin yang menyamaratakan ekonomi Pantai Barat dan Pantai Timur dengan merangsang pelaburan dan aktiviti komersial, mencipta peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan berkualiti serta meningkatkan sektor pelancongan di negeri-negeri terlibat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini, Terengganu dan Kelantan juga dijangka meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan kewujudan ECRL.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, pembinaan ERCL merupakan langkah ke hadapan yang membawa lembaran baharu terhadap sistem pengangkutan awam khususnya di Pantai Timur.

“Salah satu bidang yang kurang diberi fokus sebelum ini iaitu pengangkutan awam telah menjadi agenda utama kerajaan sejak kita melaksanakan dasar transformasi negara,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ECRLLaluan Rel Pantai Timur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd