• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinjaman Peneroka Felda Untuk Kelangsungan Hidup

oleh Ahmad Albab
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kebanyakan pinjaman yang dibuat oleh peneroka Felda adalah untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan selesa sementara menunggu hasil tuaian pertama tanaman sawit.

Timbalan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff berkata pinjaman sara hidup bagi menjalankan projek tanaman sawit merupakan hutang paling lazim diambil peneroka Felda.

“Ada hutang peneroka mencecah sehingga ratusan ribu ringgit kerana selain hutang kos operasi, mereka juga telah mengambil hutang sosial.

“Dakwaan peneroka Felda banyak berhutang dengan pelbagai jenis pinjaman luar adalah tidak benar, tetapi kebanyakan mereka berhutang pinjaman sara hidup dengan Felda biarpun Felda sebenarnya tidak menggalakkannya,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Semasa sambutan Hari Peneroka pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.

Sulong Jamil menarik perhatian dengan berkata sekiranya Felda tidak menyediakan pinjaman sara hidup selepas pokok ditanam semula, terdapat peneroka yang mungkin sukar meneruskan kehidupan.

“Selepas pokok ditanam semula, jika tiada hasil, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan? Takkan mereka kena tahan segala benda dan selepas tiga tahun dapat hasil baru bernafas?” katanya.

Menurut Sulong Jamil lagi ketika ini terdapat sesetengah kawasan telah ditanam semula dengan pokok sawit untuk kali ketiga yang dilakukan setiap 25 tahun sekali.

Beliau yang juga peneroka generasi pertama Felda Sungai Behrang berkata masalah lebih besar yang dihadapi peneroka ketika ini ialah pengurusan ladang yang tidak cekap serta penyata hutang tidak diberikan kepada mereka.

“Penyata hutang meragukan menyebabkan segelintir peneroka terutamanya generasi kedua dan ketiga tidak berpuas hati dengan Felda kerana mereka terpaksa menanggung beban hutang terdahulu bapa mereka.

“Kerana yang tahu adalah si peminjam itu sendiri, tapi lumrah manusia, kadang-kadang lupa dan bila meninggal dunia, yang memberontak ialah anak kerana perlu menyambung bayar tanpa mengetahui apa yang dipinjam oleh bapa mereka,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: HutangPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd