Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Jalin Kerjasama Dengan Jepun...

TOKYO - Malaysia akan menjalin kerjasama dengan Jepun untuk memperkasakan lagi mekanisme pelindungan...

Ciri Baharu Aplikasi MySejahtera

PUTRAJAYA - Ibu hamil dan menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui...

RM2 Juta Jenamakan Semula...

KULIM - Sejumlah RM2 juta diperlukan bagi menjenamakan semula kawasan rekreasi Air Terjun...

Harga Petrol, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak...

Pihak Swasta Dipelawa Tetas Telur Penyu

PORT DICKSON – Jabatan Perikanan Malaysia mengajak pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dalam program penetasan telur penyu menggunakan kaedah tangki simen dan pasir sungai.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Abu Hasan berkata kaedah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai pasir yang sesuai.

“Kebiasaanya penetasan telur penyu dibuat di kawasan pantai tetapi kita berjaya buat penetasan di dalam kawasan konkrit.

“Justeru, kita nak menggalakkan lebih ramai pihak turut serta dalam penetasan telur penyu ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pusat Penetasan Penyu di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, di sini semalam.

Katanya telur-telur penyu terbabit dibeli daripada pengutip yang berdaftar dengan jabatan berkenaan pada harga RM3 sebiji.

Pada program tersebut, Ismail turut melepaskan 111 ekor anak penyu merangkumi spesies penyu karah (81 ekor) dan penyu agar (30).


Ismail berkata setakat Ogos tahun ini, sebanyak 11 sarang penyu direkodkan di sepanjang perairan Port Dickson dengan 1,259 biji telur telah dieramkan.

Pada tahun lepas, rekod menunjukkan sebanyak 2,498 biji telur penyu telah dieramkan dan dilepaskan ke perairan. – BERNAMA

Kategori