• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkampungan Orang Asli Pos Raya Miliki Keunikan Budaya

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perkampungan Orang Asli Pos Raya yang didiami kira-kira 500 keluarga suku kaum Temiar di Simpang Pulai di sini memiliki keunikan budaya, makanan tradisional selain seni tarian yang tersendiri.

Malah Kampung Pos Raya yang merupakan sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta itu, bakal menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan selewat-lewatnya pada November tahun ini.

Bagi Misah Selong, 43,  satu daripada keunikan yang terdapat di kampungnya itu adalah penghasilan baju daripada kulit kayu pokok terap yang dahulunya digunakan ketika berperang, namun kini ia sering digunakan semasa sambutan perayaan, perkahwinan atau dipakai oleh penari dalam tarian sewang.

Misah yang belajar menjahit daripada datuknya sejak 15 tahun lalu, berkata selain baju, pelbagai barang juga boleh dihasilkan seperti seluar dan selimut daripada kulit kayu pokok terap yang mudah didapati di pinggir hutan.

“Kayu pokok terap ada banyak jenis tetapi yang paling bagus ialah daripada jenis pokok terap hitam. Baju kulit kayu ini boleh dicuci dan tahan sehingga setahun jika betul cara menjaganya. Sehelai baju kulit kayu ini boleh dijual antara RM70 hingga RM80 dan saya turut menjahit manik pada baju supaya nampak lebih menarik. Saya juga sering menerima tempahan dari negeri lain,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Selain itu, Misah berkata makanan tradisi orang Asli iaitu ‘kewai kemnem’ atau ubi kayu bakar merupakan makanan wajib yang perlu ada setiap kali musim perayaan dan sering dihidangkan kepada pengunjung yang datang ke petempatan Orang Asli itu.

Beliau berkata ubi kayu yang diparut halus dengan menggunakan duri batang rotan serta dibalut dengan daun lar tidak perlu ditambah air atau santan kerana ia mampu dimasak menerusi air semula jadi yang terkandung di dalam batang buluh.

“Ubi kayu ini menggunakan kaedah membakar seperti lemang tetapi tidak mengambil masa yang lama, hanya 30 minit sahaja dan ia dibakar dengan diletakkan secara mencondong,” katanya.

Bagi Aju Alang, 46,pula, masyarakat Orang Asli di sini, sangat sinonim dengan penghasilan sumpit bagi tujuan memburu sejak dahulu lagi.

“Cara untuk menyumpit ialah perlu memegang sumpit dengan kedua-dua belah dan ia diletakkan di bibir dan angin dari mulut disimpan sebelum menghembus sumpit sekuat-kuat nafas manakala damak (peluru) yang digunakan untuk menyumpit diperbuat daripada batang bertam yang tahan daripada dimakan oleh anai-anai atau serangga lain.

“Batang bertam perlu diraut dan dicantumkan bersama empulur rotan dengan menggunakan tar jelutong (pelekat) dan ia perlu dilayurkan atas api manakala hujung damak itu diparut sedikit sebelum disapu dengan racun akar atau racun pokok Ipoh untuk digunakan semasa memburu binatang,” katanya.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mohd Sidi Daud berkata pemilihan perkampungan Pos Raya di bawah Geopark Kebangsaan sekali gus akan menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

“Pos Raya dipilih kerana mempunyai kepelbagaian dari segi budaya tariannya, juga penghasilan baju daripada kulit kayu dan ia merupakan satu daripada produk yang boleh kita majukan ke hadapan selain dapat menarik lebih ramai pelancong,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Katanya Kampung Pos Raya merupakan sebahagian daripada kawasan Geopark Lembah Kinta yang merangkumi sembilan tapak pelancongan serta 24 geopark dengan kawasan seluas 1,958  kilometer persegi.

Keputusan mengenai pengiktirafan Geopark Kebangsaan telah diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini selepas proses penilaian siap dilakukan oleh Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM), katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliOrang Asli Pos Raya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd