• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Hantar 450 Anggota Untuk Sukan SEA KL2017

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Kontinjen Perak menempatkan sejumlah 450 pegawai dan anggotanya untuk bertugas sepanjang penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung bulan ini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua mereka akan ditugaskan menjaga keselamatan selain memastikan suasana terkawal sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Beliau berkata pegawai dan anggota yang ditugaskan itu terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik serta Cawangan Tugas Am.

“Kita akan menambah jumlah pegawai dan anggota jika diperlukan pada bila-bila masa bagi menampung pasukan keselamatan sedia ada,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat negeri Perak yang disertai kira-kira 200 pegawai dan anggota di kuarters polis Jalan Padang Tembak di sini, hari ini.

Sementara itu, Hasnan berkata sebanyak RM814,330 dicatatkan hasil penjimatan kos Polis Kontinjen Perak menerusi inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM pada tahun lepas.

“Polis Kontinjen Perak mengambil inisiatif yang proaktif dan memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel serta penggunaan utiliti tanpa menganggu tugas dan operasi harian.

“Selain itu, kita juga menggunakan produk mesin penyalin yang mesra alam serta kertas dan tisu kitar semula di pejabat pentadbiran polis bagi mengelakkan pembaziran seterusnya memulihara alam sekitar,” katanya.

Hasnan berkata inisiatif amalan hijau dilaksanakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mahupun kesedaran dalam kalangan warga PDRM mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik dan lestari serta memberi pulangan optimum ke atas peruntukan kewangan yang dibelanjakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Hasnan HassanSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kenal Pasti 19 Parlimen, 31 DUN Kawasan Panas

26/04/2018
0

IPOH - Sehingga kini, polis Perak mengenal pasti 19 Parlimen dan 31 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas di...

8,900 Polis, PVR Perak Siap Siaga Hadapi PRU14

14/11/2017
0

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd