• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelam Perlu Dapatkan Kebenaran Menyelam Di TLSI

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah kepada semua penyelam yang melakukan aktiviti selaman di Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI), di sini, supaya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu selain menjaga keindahan batu karang.

Sultan Ibrahim bertitah penyelam mesti berdaftar di Majlis Daerah Mersing selain memiliki perlindungan insurans bagi menjamin keselamatan.

“Mesti dapatkan kebenaran…tidak boleh pandai-pandai dari Singapura atau mana-mana datang menyelam,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian selepas merasmikan Program Restorasi Karang dan menandatangani pengesahan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi program penanaman anak karang terbesar serentak 1Malaysia di Pulau Tinggi, hari ini.

Pada program bersempena 10 tahun penubuhan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) itu, Sultan Ibrahim turut menyelam bersama 42 penyelam daripada pelbagai agensi bagi menanam 1,200 anak karang pada struktur kerangka polivinil klorida (pvc) di Pulau Mentinggi, gugusan Pulau Tinggi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JTLM Ab Rahim Gor Yaman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, Pegawai Daerah Mersing Ashari Kasnan dan Pengarah JTLM Johor Mohd Nizam Ismail.

Sultan Ibrahim bertitah ketika melakukan selaman, baginda mendapati banyak batu karang yang pecah berikutan bot yang berlabuh tidak mengikut peraturan.

Baginda juga bertitah akan melakukan semula selaman di Pulau Mentinggi dalam tempoh dua tahun lagi bagi melihat pertumbuhan anak karang yang ditanam hari ini.

“Saya akan selam semula (di Pulau Mentinggi) dalam tempoh dua tahun lagi nak lihat macam mana karang ini tumbuh,” titah baginda.

Sementara itu, Ayub berkata kerajaan negeri mengambil berat titah tuanku Sultan Johor dan akan menyediakan kertas kerja dalam memastikan para penyelam berdaftar dan memiliki perlindungan insurans sebelum menyelam.

Selain itu, kerajaan negeri akan memastikan ekosistem termasuk batuan karang di TLSI terus dipelihara selain memastikan tiada berlakunya pencerobohan nelayan haram.

“Kita akan melakukan penguatkuasaan bersama agensi yang terlibat termasuk JTLM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan, Perbadanan Taman Negara Johor dan sebagainya,” katanya dan menambah TLSI juga merupakan habitat dugong.

Katanya sehingga kini, sebanyak 13 pulau di kepulauan Mersing sudah diwartakan sebagai TLSI dan  lapan pulau tidak berpenduduk di kepulauan itu sedang dalam cadangan untuk diwartakan bagi meluaskan  taman laut itu.

Menurut Ayub, bagi menaik taraf kemudahan Pulau Tinggi pula, sebanyak RM8.47 juta sudah diluluskan bagi pembinaan jeti baharu dan membaik pulih pusat penetasan penyu. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Pantau Prestasi Anggota EXCO

22/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah walaupun barisan kepemimpinan negeri telah bertukar, namun,...

Sultan Johor Murka Ahli Majlis Guna Bahasa Cina Dalam Surat Rasmi

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini murka dengan dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd