• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengubahan Wang Haram: 3 Pengarah Syarikat Didakwa

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM7.8 juta sejak 2011.

Ketiga-tiga tertuduh ialah Abdul Razak Suib, 58; Chang Wan Ning, 27, dan Wong Chin Sheng, 42, masing-masing merupakan pengarah bagi Eastern Global Capital Sdn Bhd; Vantage Instinct Sdn Bhd; dan South Eminent Resources Sdn Bhd.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Razak  berdepan 40 pertuduhan melibatkan nilai  RM4.5 juta; Chang (enam pertuduhan dengan nilai RM622,798); dan Wong (empat pertuduhan dengan nilai RM2.67 juta).

Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Semua kesalahan dilakukan antara 9 Nov 2011 hingga 10 Sept 2015 di sekitar Johor Bahru dengan menggunakan akaun milik syarikat untuk menerima wang daripada hasil aktiviti haram.

​​​​​​​Bagi kesalahan itu, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, kesemua mereka  boleh dihukum menurut Seksyen 4 (1) AMLA yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin antara RM30,000 dan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap semua tertuduh, selain turut meminta mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali sebulan di mana-mana balai berdekatan.

Mahkamah juga menetapkan kes disebut semula pada 14 Sept ini untuk penyerahan dokumen.

Sementara itu, di kamar mahkamah berasingan, ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan masing-masing satu pertuduhan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen sejak 2011.

Mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antara  9 Nov 2011 hingga 10 Dis 2015 dengan cara memberi perkhidmatan memindahkan dana bagi pihak seseorang pengirim asal kepada penerima di dalam atau luar negara.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga kemudian menetapkan ikat jamin antara RM30,000 dan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada semua tertuduh, selain turut meminta mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali sebulan di mana-mana balai berdekatan.

Semua kes ditetapkan untuk disebut semula pada 14 Sept ini untuk penyerahan dokumen.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) Steve Chin Yun Cheong dan dua Timbalan Pendakwa Raya iaitu Nor Ashikin Mokhtar dan Kesinee Aigalu Parthasarathee manakala tertuduh iaitu Chang dan Wong masing-masing diwakili peguam Lau Kok Guan dan Mohd Fahmi A Jalil.

Abdul Razak pula tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Pengubahan Wang Haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipanggil beberapa kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

17/02/2025
0

KUALA TERENGGANU : Bekas seorang guru besar sebuah sekolah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terbabit dalam Pengubahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd