• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh `Bakar’ Tangan Kanak-Kanak Dalam Ketuhar

oleh Ahmad Albab
25/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASUH dari `neraka’ ini, Lidia Quilligana, 32, yang didakwa membakar tangan dan kaki seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dalam ketuhar panas telah dihukum penjara selama 15 tahun.

Lidia, dari Connecticut menerima hukuman berkenaan selepas enam minggu mengaku salah atas tuduhan mencederakan mangsa.

Dia yang berasal dari Ecuador dan mempunyai tiga orang anak, ditahan di Danbury pada 2015 selepas perbuatannya dirakamkan oleh CCTV.

Menerusi CCTV itu, Lidia dilaporkan telah mendera kanak-kanak itu dan adik kembarnya yang berusia setahun.

Dia juga dikatakan menarik rambut kanak-kanak malang tersebut. Semasa perbicaraan, Lidia memberitahu dia melakukannya selepas gagal mengawal diri.

Wanita kejam itu telah bekerja dengan majikannya itu selama setahun dan ketika ditangkap Lidia sedang mengandung.

Keluarganya memasang CCTV itu pada Disember 2014 selepas mengesyaki anak mereka di dera.
Mengikut laporan pada Mac 2015, ketika ibu kanak-kanak terbabit balik ke rumah, dia melihat tangan anaknya terbakar manakala matanya pula lebam.

Pada mulanya, Lidia berbohong dengan menyatakan bahawa kanak-kanak itu telah menarik kerusi lalu memanjatnya dan meletakkan tangan ke dalam ketuhar. Dia kemudiannya terjatuh dan mengalami kecederaan di kepala.

Namun rakaman CCTV menunjukkan sebaliknya iaitu Lidia menarik mengheret kanak-kanak berkenaan lalu meletakkan di atas ketuhar panas.

Lidia kemudiannya memohon maaf kepada ibu mangsa namun si ibu menolaknya kerana perbuatannya itu tidak boleh dimaafkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakPengasuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Bunuh Diri Selepas Gaduh Dengan Ibu

Next Post

Murid Tahun 1 Maut Dibelasah Murid Tahun 6

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Murid Tahun 1 Maut Dibelasah Murid Tahun 6

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd