• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian Mangsa Bot Karam Diteruskan Esok

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Operasi pencarian tiga lagi nelayan yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di muara sungai Kuala Dungun diteruskan sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ia berikutan pencarian yang dilaksanakan sejak Khamis lalu menemui jalan buntu.

Katanya sejak operasi pencarian dilaksanakan tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemui pasukan keselamatan selain bot gentian kaca yang dinaiki mereka berlima.

“Kami akan meneruskan pencarian sehingga esok bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan semasa kerana tiada sebarang petunjuk baharu yang kami temui sehingga kini.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan antaranya pencarian di laut termasuk selaman, pencarian udara, pesisir pantai dan sebagainya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rabu  lalu empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun mayat seorang  daripada mangsa Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemukan kira-kira 8.50 pagi Jumaat.

Mangsa yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi Che Ismail, 34; Mohamad Zawawi Mohamed, 27 dan Abdul Wahab Zakaria, 44.

Ahmad Zailani berkata semalam pihaknya turut menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan Jabatan  Bomba dan Penyelamat bagi membantu usaha pencarian. – BERNAMA

Tags: bot karamSupt Ahmad Zailani Yaacub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd