• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancaran ‘Amok At Chow Kit’ Rungkai Segala Rahsia

oleh
20/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buku Amok At Chow Kit hasil nukilan Syahril A. Kadir telah dilancarkan di Boulevard Publika di sini, hari ini.

Majlis pelancaran bermula jam 3 petang itu dihadiri oleh ramai pihak media dan pengunjung KL Alternative Book Festival (KLAB) yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Penulis, Syahril A. Kadir ketika ditemui berkata buku tersebut adalah cetakan kedua adaptasi daripada versi Bahasa Melayu, Konfesi Prebet Adam yang sebelum ini telah dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa KL.

“Buku ini adalah buku kedua berkenaan dengan Prebet Adam Jaafar, buku pertama adalah Konfensi Prebet Adam dalam Bahasa Melayu yang telah dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa sebelum ini,” ujarnya kepada Mynewshub.

Pelancaran 'Amok At Chow Kit' Merungkai Segala Rahsia
Syahril A. Kadir

Tambahnya lagi, buku tersebut diterbitkan dalam Bahasa Inggeris berikutan mendapat permintaan yang tinggi daripada pembaca tempatan sendiri.

Bukan itu sahaja, malah penulis memasang hasrat untuk membawa karya tersebut ke peringkat yang lebih tinggi setaraf antarabangsa.

“Kali ini adalah dalam Bahasa Inggeris sebab kita mendapat banyak permintaan daripada mereka yang lebih selesa berbahasa inggeris dan buku ini juga akan pergi ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Karya ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri Syahril yang melalui sesi temubual dan kajian yang dijalankan.

“Saya menemubual Adam lebih kurang dalam tempoh seminggu ke dua minggu saya berada dengan dia.

“Kemudian diikuti dengan wawancara bersama beberapa orang yang terlibat secara langsung dalam insiden ini termasuklah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam bela; Datuk Abdul Ghani Abdullah yang memujuk Adam dan Tan Sri Zaman Khan serta beberapa yang lain,” katanya.

Pelancaran 'Amok At Chow Kit' Merungkai Segala Rahsia

Sementara itu ketika ditanya bagaimana sambutan terhadap kedua-dua karya agung itu, Syahril yang merupakan seorang wartawan jenayah mengakui karya tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

“Konfesi Prebet Adam sangat menakjubkan. Kalau kita tengok ketika pesta buku antarabangsa baru-baru ini, buku tersebut adalah antara yang terlaris dan mendapat nombor satu di dalam ranking.

“Buku Amok At Chow Kit pula, walaupun kita baru lancar hari ini tapi alhamdulillah sudah mendapat banyak permintaan yang order melalui aplikasi WhatsApp, Internet dan sebagainya,” ujarnya.

Namun, apa yang penting bagi penulis ini bukanlah sambutan semata tetapi segala rahsia yang tersembunyi selama ini akhirnya dapat dibongkarkan.

“Tapi apa yang penting, bukan dari segi volume. Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah akhirnya setelah 30 tahun kita berjaya menceritakan kebenaran di sebalik segala yang berlaku,” tambahnya lagi.

Syahril berharap dengan terhasilnya karya ini, segala tanda tanya yang bermain di minda orang ramai kini terjawab dan kebenaran dapat diceritakan.

Ia sekali gus membersihkan nama Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor konon dituduh membunuh adik Prebet Adam suatu ketika dulu.

Pelancaran 'Amok At Chow Kit' Merungkai Segala Rahsia
(Dari kiri) Syahril A. Kadir, Jeneral (B) Datuk Abdul Ghani Abdullah dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hadir sama pada majlis tersebut tokoh peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Datuk Abdul Ghani Abdullah.

Buku ini mengisahkan tentang pengakuan Adam berhubung kejadian sebenar kisah amuk di sekitar Chow Kit pada 1987  dan temu bual Syahril dengan beberapa tokoh yang bertanggungjawab secara langsung berdepan dengan insiden amukan berkenaan.

Untuk mengetahui lanjutan kisah sebenar tentang insiden amukan Prebet Adam secara jelas dan berfakta, para pembaca boleh mendapatkan buku “Konfesi Prebet Adam” (Versi Bahasa Melayu) atau “Amok At Chow Kit” di pasaran sekarang. – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: amok at chow kitamukPrebet AdamSyahril A KadirSyahril Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Prebet Adam Meninggal Dunia

31/03/2021
0

GEORGETOWN - Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit,...

Lelaki Amuk Bawa Kapak Ditahan

19/07/2019
0

LELAKI berusia 34 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mengamuk dengan bersenjatakan kapak dalam kejadian di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd