• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JAIS Salah Guna Kuasa Didakwa

oleh Ahmad Albab
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.

Tertuduh, Hairul Nizan Mhd Idris, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pegawai dakwah kontrak gred S41 di Pejabat Agama Islam Hulu Langat didakwa menggunakan jawatannya untuk mengemukakan permohonan dan syor pembekalan barangan oleh syarikat Prisma Jaya Kini Resources berjumlah RM10,000 bagi majlis tilawah Al- Quran peringkat daerah itu.

Syarikat pembekalan makanan dan minuman itu dimiliki oleh abang kandung Hairul Nizan dan kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat agama Islam berkenaan pada 1 Feb 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamed Heikal Ismail memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000, namun peguam tertuduh, Hamidi Mohd Noh meminta supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000.

Hamidi berkata, tertuduh tidak mampu menjelaskan jumlah jaminan yang terlalu tinggi kerana hanya bergaji RM3,000 sebulan dan menanggung isteri yang bekerja sebagai guru serta tiga anak berumur dua hingga 11 tahun.

Rozilah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 melalui seorang penjamin dan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Selangor setiap hujung bulan.

Tertuduh membayar wang jaminan dan kes akan disebut semula pada 4 Sept depan. – BERNAMA

Tags: JAISSalah Guna Kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd