• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai, Anggota ATM Sertai Perbarisan Op Daulat

oleh Ahmad Albab
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 230 pegawai dan 1,880 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Perbarisan Penganugerahan Battle Honour ‘Daulat Feb 2013’ di Padang Merdeka, di sini esok.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata acara itu diadakan bagi menghargai semua anggota ATM yang terlibat dalam Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu pada Feb 2013.

“Battle Honour ini adalah satu penghargaan kepada panji-panji. Ia (panji-panji) adalah lambang kemegahan kepada perjuangan perkhimatan semua cabang dalam ATM.

“Pada malam itu, lambang penghargaan Battle Hounour akan dipasangkan pada panji-panji sebagai penghargaan kepada anggota ATM yang terlibat dalam Op Daulat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas raptai penuh perbarisan itu di sini, malam tadi.

Beliau berkata acara itu akan dilaksanakan berkonsepkan gabungan perbarisan istiadat dan tempur yang akan melibatkan 24 panji-panji rejimen pasukan yang terlibat dalam Op Daulat.

“Selain daripada istiadat perbarisan penganugerahan itu, ATM juga akan mengadakan pameran aset yang digunakan semasa Op Daulat serta pameran promosi kerjaya, persembahan Kawad Senyap dan pancaragam ATM,” katanya.

Mohd Zaki berkata acara itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Oleh itu, kita sangat mengalu-alukan kehadiran orang ramai di seluruh Sabah untuk menyaksikan acara berkenaan kerana pelbagai acara akan diadakan pada hari itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMPerbarisan Op Daulat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd