• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NRE Punya Mekanisme Halang Projek Tambak Laut

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mempunyai mekanisme untuk menghalang projek tambak laut di Pulau Pinang jika kerajaan negeri itu berdegil meneruskannya, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan boleh bertindak tidak memberikan geran tanah.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Paya Indah Wetland di Dengkil di sini hari ini, Wan Junaidi berkata projek tambak laut seluas 1,800 hektar itu adalah terlalu besar dan boleh mengubah pantai di kawasan itu.

Menurutnya, tambakan laut di Permatang Damar Laut bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan itu hanya akan mewujudkan satu ‘tanah besar’ dan pantai akan berubah menjadi sungai.

“Projek tambakan laut bukan sahaja akan menjejaskan alam sekitar malah perhutanan seperti paya bakau, hidupan liar dan juga hidupan laut apabila habitat pembiakan mereka akan terus binasa,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

Najib berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.

Pada majlis itu, Wan Junaidi turut menyaksikan penerimaan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai ‘largest collection of wildlife biomaterial’.

Beliau berkata sejak 2006, Jabatan Perhilitan melalui Unit Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (WGRB) secara aktif menjalankan aktiviti pengumpulan dan penyimpanan bahan biologic (biomaterial) hidupan liar.

“Sehingga kini, sejumlah 17,002 koleksi biomaterial daripada 386 spesies hidupan liar telah didaftarkan di dalam pangkalan data WGRB. Daripada jumlah itu, 9,144 diklasifikasi sebagai sumber rujukan utama yang diiktiraf MBOR,” katanya.

Wan Junaidi berkata koleksi itu terdiri daripada pelbagai jenis sampel hidupan liar termasuk daging, darah, organ, rerambut, bulu pelepah, calitan mulut, najis dan sebagainya yang disimpan dengan kaedah kering, sejuk beku (dalam tiub cryo) dan kaedah basal (dalam etanol).

Beliau berkata WGRB mengandungi maklumat lengkap bagi setiap spesimen yang boleh menjadi sumber rujukan utama (rekod), penyelidikan dan panduan di mahkamah sekiranya terdapat kes melibatkan haiwan dan hidupan liar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd