• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nothing To Hide 2.0: 13 Orang Sudah Ditahan

oleh Ahmad Albab
17/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan 13 suspek dan akan memanggil penganjur program Nothing To Hide 2.0 untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.

“Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur bertanggungjawab terhadap keselamatan (orang) yang hadir dan keselamatan tempat acara itu diadakan dan dalam akta itu jelas.

“Polis akan panggil penganjur kerana ambil mudah dan dilihat tak laksana tanggungjawab (kawal keselamatan),” katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan pingat kedaulatan negara kepada 158 pegawai dan anggota di Bukit Aman hari ini.

Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri .

Kekecohan berlaku pada kira-kira 5.10 petang ketika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985. – BERNAMA

Tags: nothing to hide 2.0PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd