• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasihat SPRM Agar Pilih Calon Bersih Wajar

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar parti politik memilih calon bersih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang wajar dipatuhi semua parti terutamanya pembangkang.

Ini kerana kata beliau, parti DAP dan PKR khususnya, pernah meletakkan pemimpin mereka yang didapati bersalah dan dipenjarakan sebagai calon pilihan raya.

Apa yang diamalkan pembangkang ini tidak diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Annuar kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh, berkata UMNO dan BN amat memahami perlembagaan parti dan ciri-ciri calon yang layak untuk ditampilkan pada PRU.

“Dalam UMNO, tinggi manapun (jawatan) seseorang pemimpin itu… tetapi kalau sudah didakwa dan dikenakan tindakan disiplin parti, maka, parti tidak akan mencalonkan mereka.

“Jadi, soal memilih calon bersih ini perlu ditujukan kepada pembangkang. Kita hendak tengok adakah mereka masih menjunjung pemimpin yang dihukum penjara,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi ingatan kepada parti-parti politik supaya tidak mengabaikan amaran beliau dengan memilih mereka yang ada isu rasuah sebagai calon PRU ke-14.

“Jika berdegil juga, kesannya pasti pahit untuk ditelan. Saya belum lagi memungkiri janji saya. Jika tidak percaya, saya persilakan mana-mana parti politik untuk mengabaikan amaran saya ini,” kata Dzulkifli dalam wawancara khas kepada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: DAPPKRSPRMTan Sri Annuar Musa.UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd