• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyDAMS Selaras Urus Keselamatan Empangan

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengurusan keselamatan empangan seluruh negara bakal diselaraskan melalui Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS), kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata MyDAMS akan membolehkan pengurusan keselamatan kesemua 104 empangan dijalankan secara sistematik setanding dengan pengurusan empangan di peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini empangan di negara ini dimiliki oleh operator yang berbeza. Ada yang dimiliki kementerian, ada yang dimiliki kerajaan negeri serta mempunyai garis panduan pengurusan keselamatan yang berbeza, kita mahu satu garis panduan khusus bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke-12 di Bangunan Parlimen hari ini.

MSAN ke-12 itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut disertai menteri besar, ketua menteri serta wakil-wakil kerajaan negeri.

Wan Junaidi berkata penyelarasan garis panduan ini penting kerana apabila berlaku kejadian seperti empangan pecah dan sebagainya ia boleh mendatangkan bencana besar kerana terdapat kawasan empangan berada di kawasan kediaman penduduk.

Katanya, pemantauan ke atas 104 empangan di seluruh negara juga sedang dilakukan secara berperingkat bagi memastikan garis panduan itu diguna pakai dengan efektif kelak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd