Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Cemas! Budak Melekat Pada...

JAKARTA - Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video yang memaparkan kanak-kanak...

Proton Pesona Berwajah Baharu...

PROTON Holdings Bhd telah mengeluarkan foto rasmi pertama Proton Persona berwajah baharu, sedan...

Patuh Nasihat Peminat, Indra...

DALAM pada menanti kehangatan pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal berlangsung...

Makkal Sakti Buat Laporan...

BUTTERWORTH - Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat empat laporan polis terhadap...

Mustapa Kemalangan Di Kampung Batu Gajah

KOTA BHARU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km 69, Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad yang mengesahkan kejadian tersebut berkata bagaimanapun Anggota Parlimen Jeli itu dan pemandu serta pengawal peribadinya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang berkenaan.

“Kemalangan tersebut berlaku ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai yang dinaiki Mustapa dirempuh sebuah kenderaan jenis Volkswagen Polo ketika sedang masuk ke sebuah simpang.

“Berikutan itu, kenderaan yang dinaiki Mustapa mengalami sedikit kerosakan di sebelah kiri bahagian depan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sementara itu, pemandu Mustapa yang dikenali sebagai Muslim, berkata mereka dalam perjalanan dari Bachok menghala ke Kampung Batu Gajah untuk menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian di sebuah simpang empat, saya memberhentikan kenderaan untuk masuk ke simpang kanan sebelum sebuah kereta merempuh kenderaan kami dari arah depan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami bertiga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Kategori