• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murdoch Kritik Trump Isu Pro KKK & Neo Nazi

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU demontrasi di Charlottesville, Virginia pada 12 Ogos lalu terus menerima kritikan. Fokus bukan lagi pada tragedi rusuhan awam yang menyebabkan seorang maut serta 19 lagi cedera. Angka mangsa sudah dilupakan. Apa yang terus hangat ialah sikap Presiden Donald Trump.

Trump menyelar kedua-dua pihak yang bertempur di jalanan Charlottesville. Puak ultra nasionalis kulit putih dan penyokong Liberti AS. Demo bermula dengan Puak Klu Klux Klan (KKK) dan Neo Nazi yang berarak sambil meneriakkan slogan antiyahudi.

Sejak penubuhan KKK pada 1866 dan era kemuncaknya pada 60 tahun pertama abad ke 20, KKK menyenaraikan Yahudi sebagai musuh agenda white supreme di AS. Dalam erti kata lain, KKK menolak Yahudi dan bangsa bukan kulit putih dalam agenda: AS untuk kulit putih.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di luar Menara Trump untuk mengecam Presiden, setelah ada khabar mengatakan Trump berada di kediamannya di Manhattan.

Trump dikecam teruk kena enggan mengkritik ultra nasionalis pimpinan KKK dan Neo Nazi sebagai punca kekacauan di Virginia. Penunjuk perasaan di Manhattan menggelar Trump bersikap rasis dan memegang belon besar ‘FU TRUMP’.

“Tiada Trump, Tiada Klu Klux Klan, Tiada Fasis di Amerika Syarikat,’’ laung mereka.

Terbaharu, sekutu Trump, taikun media James Murdoch turut mengkritik Presiden secara terbuka. Murdoch, CEO 21st Century Fox, mengkritik Trump dengan mengatakan: “Tiada tempat untuk Nazi di AS.”

Pada ucapan majlis makan malam itu, Murdoch bertindak lebih sinikal terhadap Trump dengan mengumumkan dana RM4.2 juta untuk NGO Anti Defamation League, gerakan menentang antiyahudi.

Siapa James Murdoch? Dia pewaris taikun media milik bapanya yang masyhur, Rupert Murdoch.

Mengapa Murdoch sangat marah dengan perarakan Charlottesville yang melaungkan slogan antiyahudi?

Jawabnya mudah: Dunia tahu Murdoch berdarah Yahudi walaupun keluarga ini tidak pernah mendedahkan status mereka.

Apa ruginya krisis Trump-Murdoch?

Murdoch penyokong kuat kempen ketika Trump bertanding jawatan Presiden tahun lalu. Sudah tentu Murdoch menyumbang banyak dana membantu kemenangan Trump! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rupert Murdoch
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

06/07/2015
0

MUNGKIN ramai kalangan kita masih ingat bagaimana pernah dalam satu ceramah politik, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd