• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhammad Jafri Intai Peluang Diturunkan Separuh Akhir

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew akui mengintai peluang kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama pada pertembungan separuh akhir saingan bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017), Sabtu ini.

Pemain pasukan Pulau Pinang itu berkata selepas gagal beraksi cemerlang pada aksi pembukaan menentang Brunei, dua gol yang dijaringkan ketika membantu Malaysia menundukkan Laos 3-1 semalam menyuntik semangatnya untuk berusaha merebut tempat sebagai penyerang utama negara.

“Saya kecewa selepas gagal menunjukkan prestasi terbaik ketika diturunkan menentang Brunei tempoh hari, saya akui saya tidak bermain seperti biasa dan tidak dapat mencapai tahap prestasi sebenar.

“Memang saya ingin kembali diturunkan dalam kesebelasan utama, perlawanan malam ini saya bermain untuk membuktikan kemampuan sebenar saya kepada jurulatih dan semua penyokong dan saya gembira dapat menjaringkan dua gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.

Dalam pada itu, beliau mengakui konsistensi untuk bermain pada tahap terbaik adalah elemen utama yang dinilai jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam membuat pemilihan terhadap enam penyerang negara yang bersedia mempamerkan ‘taring’ jika diturunkan.

“Semua keenam-enam penyerang dalam pasukan ini boleh bermain dan mempunyai kualiti masing-masing. Tidak kira siapa yang diberi peluang, semua akan berusaha menunjukkan persembahan yang baik.

“Secara peribadi saya belum berpuas hati lagi walaupun telah sumbangkan dua gol dan terlibat dalam mencipta satu gol pada perlawanan lepas, setakat ini, tetapi saya mungkin boleh bagi lagi yang terbaik, lebih bagus daripada hari ini,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Muhammad Jafri Muhammad Jafri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd