• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Selangor Mohon JPN Buat Rayuan

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mufti Selangor memohon Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya.

Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dalam satu kenyataan berkata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)  juga akan memohon kebenaran untuk mencelah dalam rayuan tersebut sebagai usaha untuk memelihara agama dan memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini.

“Jawatankuasa Fatwa Selangor turut menyokong tindakan JPN yang masih merujuk kepada keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu pendaftaran bagi anak tidak sah taraf yang melibatkan orang Islam kerana berkaitan dengan Hukum Syarak.

“…dan sebab itu kita mohon dan mengalu-alukan tindakan JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mohd Tamyes berkata keputusan membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya itu bertentangan dengan hukum syarak seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mahkamah Rayuan dalam satu penghakiman pada 25 Julai lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa Ketua Pengarah JPN menggantikan nama anak mereka yang berbin atau berbinti “Abdullah” dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Tamyes Abd WahidJPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd