• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Makin Berpotensi Dalam Sukan Pelayaran

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kejayaan skuad pelayaran negara menjadi juara keseluruhan bagi acara itu dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), merupakan petunjuk bahawa Malaysia semakin berpotensi dan bersinar dalam sukan pelayaran.

Pengurus Pasukan, Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan berkata, ini berikutan kejayaan memperoleh enam emas, empat perak dan tiga gangsa daripada 14 kategori yang dipertandingkan kali ini, melebihi sasaran lima pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Kejayaan itu sekali gus menunjukkan Malaysia mula menunjukkan taring dengan mengetepikan dua negara dominan dalam sukan itu, Singapura dan Thailand yang masing-masing memperoleh empat emas pada temasya kali ini.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian pelayar-pelayar kita, hampir semua kategori yang dipertandingkan kali ini kita dapat pingat,” katanya selepas majlis penyampaian pingat kepada pemenang di sini hari ini.

Emas disumbang melalui kategori Optimist Boys, Optimist Girls dan Laser Radial Lelaki, Optimist Berpasukan Campuran, International 470 Lelaki dan International 420 Lelaki.

Pada edisi 2015 di Singapura menyaksikan pasukan pelayaran negara menyumbang tujuh pingat emas, lima perak dan dua gangsa daripada 20 kategori yang dipertandingkan.

Nik Ashraf berkata usaha dan kerja keras semua atlet pelayaran membuahkan hasilnya hari ini selain kejayaan itu juga banyak disumbangkan oleh jurulatih pelayaran terkemuka dunia, Jon Emmet.

Mengenai masa depan atlet muda yang lebih 50 peratus menyertai skuad pelayaran negara, beliau berkata temasya kali ini boleh menjadi pembakar semangat untuk pelayar negara pada masa akan datang.

“Misalnya melalui Optimist Lelaki dan Optimist Wanita, ia merupakan platform awal untuk pelayar muda untuk menyertai kategori lain yang lebih besar selepas ini,” katanya.

Seramai 102 pelayar daripada tujuh negara mengambil bahagian dalam acara itu yang melabuhkan tirainya hari ini setelah berlangsung selama sembilan hari. – BERNAMA

Tags: Pengurus Pasukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah: Pengurus Pasukan Bola Sepak Direman

07/01/2018
0

SEREMBAN - Seorang pengurus pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Skuad Olahraga Para ASEAN Sasar 40 Pingat Emas

05/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd