• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Korea Utara Lancar Peluru Berpandu

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini, malam ini berkata tindakan provokatif itu merupakan pencabulan jelas terhadap terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kementerian, tindakan Korea Utara itu juga sebagai tindak balas kepada latihan pertahanan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang diadakan secara tahunan.

“Tindakan Korea Utara ini hanya akan mengeruhkan ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea dan melengahkan usaha masyarakat antarabangsa mengurangkan ketegangan dan mencari keamanan di rantau itu,” kenyataan itu.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua pihak supaya mengawal tindakan masing-masing serta menekankan kepentingan untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi dialog.

Kementerian Luar menyatakan Malaysia juga menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu, menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistik serta mematuhi sepenuhnya obligasi di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan demi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Media melaporkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dipetik sebagai berkata bahawa Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik hari ini dan ia memasuki daerah Tohuku di utara Jepun hari ini. – BERNAMA

Tags: Peluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd