• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengusung Jenazah Sambil Menari?… Unik Dan Berbeza!

oleh
06/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya’. Pernah dengar tak peribahasa tersebut Haa…Peribahasa tersebut menerangkan bahawa lain negeri, lain pula adat resam.

Kata orang, lain orang lain ragamnya malah lain budaya lain juga caranya.

Kebiasaannya, pengurusan kematian merupakan satu proses yang perlu dihormati dan sendu. Tetapi lain pula bagi pengebumian di Ghana iaitu pengusung jenazah akan berjoget semasa mengangkat keranda.

Haaa? Menari sambil mengusung jenazah? Serius lah?

Menurut sumber, ketika proses pengebumian tersebut berlangsung, pengusung jenazah perlu berjoget dengan gerak-geri yang kompleks termasuk berpusing dan berpura-pura menjatuhkan keranda.

Wowww! Satu proses pengebumian yang unik dan berbeza daripada lain!

Tetapi inilah fakta dan ramai penduduk di sana sanggup membayar khidmat tersebut demi semadi insan kesayangan mereka dengan cara yang ‘gembira’

Khidmat tersebut mula diperkenal oleh sebuah pemilik blogger, FollowMyBraid pada tahun 2015.

Pemilik blog tersebut memuat naik satu video upacara pengebumian ibu mertuanya yang mendapat
lebih daripada 700,000 tontonan hingga kini.

Dalam blog itu, dia mengatakan bahawa upacara tersebut merupakan satu pengalaman yang ‘menakjubkan’ dan gembira kerana dapat melihatnya dengan mata sendiri.

Benjamin Aidoo, pengasas khidmat tersebut mengatakan kira-kira 100 orang kakitangan dilatih oleh beliau untuk menghasilkan sebuah gerakan tari yang ‘sempurna’.

Selain tarian, Benjamin turut menitik berat soal busana pasukan pengusung tersebut bagi menarik perhatian sekali gus menghasilkan kesan visual yang terbaik.

“Saya buat keputusan untuk menambah koreografi, jadi apabila pelanggan datang kepada kami, kami tanya kepada mereka jika mahu upacara yang penuh takzim atau dengan persembahan?

“Apa yang mereka inginkan itu, kami sedia melaksanakannya,” kata pengasas tersebut yang dipetik oleh sebuah portal online.

Huishhh… budaya begini pun ada kan? Tarian pula bukan calang-calang, siap ada latihan! – MYNEWSHUB.CC/Agensi/Amy Maizura

Tags: Ghanajogetkerandapengebumian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesir Dedah Penemuan Terbesar Mumia

20/10/2019
0

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan terbesar, yang ditemui di selatan negara itu...

Personaliti Afrika Beli Keranda Untuk Diri Sendiri

10/02/2019
0

SEORANG wanita berkongsi gambarnya membeli keranda untuk dirinya sendiri, meskipun dia belum menemui ajal. Zodwa Wabantu yang merupakan personaliti media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd