• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Harap ECRL Jadi Medan Bukti Kepakaran

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang menghubungkan Lembah Klang dan Pantai Timur itu akan memberi impak besar terhadap sosioekonomi di wilayah tersebut.

Katanya limpahan ECRL akan memberi manfaat bukan sahaja kepada industri tetapi juga penduduk di sekitar laluan kereta api berkenaan.

“Adalah menjadi harapan agar bahan-bahan tempatan dapat digunakan selain kontraktor tempatan turut diberikan peluang untuk turut sama menjayakan projek mega ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif dan kerja kerasnya dalam menjayakan projek itu demi memastikan perkembangan ekonomi di pantai timur dapat bergerak selari dengan pembangunan di pantai barat.

Najib hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah Projek ECRL di KotaSAS yang bakal menjadi jendela kepada lonjakan ekonomi di pantai timur dan memacu kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar wilayah itu sebanyak 1.5 peratus sebaik ia siap pada 2024.

ECRL akan melibatkan laluan kereta api berteknologi tinggi sepanjang 688 kilometer bermula di Gombak dan berakhir di Kota Bharu, Kelantan. Di Pahang sendiri projek itu akan melibatkan pembinaan laluan sepanjang 232.4 km.

Ia akan melalui Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, KotaSAS, Pelabuhan Kuantan dan Cherating.

Di Terengganu pula ia akan melibatkan laluan sepanjang 229.6 km dengan hentian di Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu, Telaga Papan dan Kampung Raja.

Di Kelantan, ECRL akan melalui kawasan Tok Bali, Jelawat dan Kota Bharu melibatkan laluan sepanjang 46.1 km.

Projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 itu dijangka menyediakan lebih 3,600 peluang pekerjaan kepada siswazah dalam industri itu dan untuk permulaan seramai 50 siswazah lepasan bidang kejuruteraan awam akan diambil mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) ECRL.

Ketua Koordinator program itu Prof Dr Rizalman Mamat yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Pahang (UMP), berkata universiti berkenaan telah dilantik sebagai universiti fokal untuk PLKI ECRL.

“PLKI ECRL akan melatih 3,600 orang siswazah dalam tempoh tujuh tahun terutama mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal. Untuk tahun ini, hanya 300 tempat ditawarkan dengan pengambilan awal melibatkan 50 orang pada bulan September nanti.

“Untuk pengambilan kedua pada Disember nanti, sebanyak 250 siswazah akan diambil mengikuti kursus yang akan diadakan selama empat hingga enam bulan itu dengan diselaras bersama Malaysia Rail Link Sdn. Bhd,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya UMP telah membangunkan silibus dengan kerjasama Beijing Jiaotong University dan Southwest Jiaotong University bagi perkongsian pengetahuan dan teknologi dalam bidang pengangkutan kereta api.

Penggubalan silibus turut mendapat kerjasama 13 institusi lain termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi MARA, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan YaakobECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd