• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maswings Tingkat Pelancongan Sabah, Sarawak

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kehadiran Maswings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines ke Sabah dan Sarawak, telah meningkatkan perniagaan, pelancongan dan lain-lain sektor ekonomi yang bergantung kepada perhubungan udara yang boleh dipercayai serta selamat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, Maswings, yang telah berkembang menjadi jenama sebutan dalam kedua-dua negeri itu, telah memudahkan perjalanan mereka dengan menghubungkan bandar-bandar kecil.

“Pada Oktober tahun ini, anda akan mencecah 10, meraikan sedekad dalam menghubungkan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Selepas beroperasi selama hampir satu dekad, saya percaya Maswings hari ini memiliki pengalaman yang diperlukan untuk bergerak ke peringkat seterusnya.

“Anda mempunyai apa yang diperlukan bagi membuat lebih banyak tawaran dan dengan satu pasukan pengurusan yang mantap, saya pasti kami akan melihat Maswings membuat kemajuan yang lebih besar,” katanya ketika berucap semasa pelancaran Negaraku Livery pada pesawat Maswings ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maswings, Aminuddin Zakaria.

Musa berkata, Maswings secara agresif telah mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan ke seluruh Sabah dan Sarawak, walaupun berhadapan dengan cabaran khususnya dalam pertimbangan komersial dan operasi.

Katanya, walaupun wujud halangan, syarikat penerbangan ini telah menunjukkan komitmen dalam memberikan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai.

“Bagi pihak kami, kerajaan negeri akan terus memastikan kami dapat memudahkan keperluan perjalanan udara dalam perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Masidi ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, mencadangkan supaya Maswings menambah lebih banyak pesawat, sebagai langkah ke arah mengurangkan kelewatan dan pembatalan penerbangan, serta memperbaiki perkhidmatan untuk keselesaan penumpang.

“Sekali-sekala, kami mendengar tentang pembatalan penerbangan. Apabila sebuah pesawat rosak, ia sukar diganti, disebabkan hanya 10 pesawat sahaja yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemesraan Shuib Dan Sarah ‘Bukan Dibuat-Buat’

Next Post

Shuib Bergerak Solo Dalam Rancangan Konti Karat

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

Next Post

Shuib Bergerak Solo Dalam Rancangan Konti Karat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd