• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air, All Nippon Airways Umumkan Kerjasama

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air telah berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf lima bintang dan terbesar di Jepun, bagi menawarkan penumpang, sambungan yang lebih besar dan lancar merentasi ASEAN dan lebih daripada 200 laluan rangkaian di bawah syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, berkata syarikat penerbangan itu amat sukacita dapat bekerjasama dengan ANA dan membawa penumpang di luar jangkauan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dengan ANA, penumpang kami akan disambungkan dengan lebih daripada 200 destinasi domestik dan global melalui hab syarikat penerbangan itu di Narita dan Haneda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak juga akan menghubungkan pelancong daripada rangkaian sedia ada untuk melawat Malaysia.

“Pada masa yang sama, ini akan meningkatkan bilangan penumpang transit di KLIA. Rangkaian laluan kami yang lebih luas akan menyediakan opsyen yang lebih baik untuk penumpang segmen peranginan dan perniagaan,” katanya.

ANA adalah rakan kongsi penerbangan Malindo Air yang kelima, selepas Turkish Airline, Qatar Airways, Etihad Airways dan Oman Air.

Malindo Air sekarang ini berkhidmat di lebih 46 buah bandar di 16 negara, termasuk 13 lapangan terbang utama di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Chandran Rama MuthyMalindo Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Rokok Sehari, Pemuda 24 Tahun Hidap Kanser Mulut

Next Post

Francais Restoran Rumah Kutai Seluruh Negara

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

Next Post

Francais Restoran Rumah Kutai Seluruh Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd