• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Ukraine Sambut 25 Tahun Jalinan Diplomatik

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan Ukraine hari ini meraikan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik, dengan komitmen untuk meningkatkan lagi hubungan.

Bersempena peristiwa bermakna itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo dan Setiausaha Bahagian (Hal Ehwal Dua Hala) Kementerian Luar Malaysia Kamsiah Kamaruddin hari ini menanam dua batang pokok di Taman Putra Perdana di sini.

Bunga raya dan berangan menjadi pokok pilihan untuk ditanam bagi memperingati ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, yang bertepatan pula dengan tarikh ulang tahun ke-26 Hari Kemerdekaan Ukraine.

“Saya percaya hubungan kami semakin hari semakin makin kukuh. Kami telah sama-sama lalui waktu senang dan mencabar,” kata Nechytaylo kepada pemberita selepas upacara itu.

Beliau juga mengulangi komitmen Ukraine untuk berusaha mencari keadilan bagi mangsa Penerbangan MH17 Malaysia Airlines serta menegaskan bahawa perkara itu menjadi bukti kukuh dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

“Kami berazam untuk memperjuangkan keadilan dan sudah tentulah bersama-sama Malaysia, Belanda, Australia dan Belgium,” kata Nechytaylo.

Pesawat jenis Boeing 777 itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika terbang di ruang udara Ukraine dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapalnya.

Ukraine dan Malaysia adalah antara lima negara yang menganggotai Pasukan Penyiasatan Bersama mengenai peristiwa menembak jatuh MH17 bersama-sama Belanda, Australia dan Belgium. – BERNAMA

Tags: Hubungan Diplomatik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Rohingya Sokong Pasukan Bola Sepak Malaysia

Next Post

Batu Kawan, 50 Syarikat Terbaik Forbes Asia

Related Posts

Lawatan PM Ke Turkiye Perkukuh Hubungan Diplomatik

Lawatan PM Ke Turkiye Perkukuh Hubungan Diplomatik

12/07/2022
0

SHAH ALAM - Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turkiye pada 5 hingga 8 Julai lalu...

Hubungan Malaysia, Qatar Diperkukuh – PM

06/10/2021
0

PETALING JAYA - Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar akan diperkukuhkan lagi selain turut merapatkan jalinan menerusi aspek perdagangan dan...

Next Post

Batu Kawan, 50 Syarikat Terbaik Forbes Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd