• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batu Kawan, 50 Syarikat Terbaik Forbes Asia

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Batu Kawan Bhd yang berpangkalan di Ipoh, menjadi satu-satunya syarikat Malaysia yang termasuk dalam edisi ke-13 Senarai 50 Syarikat Terbaik Forbes Asia (Fab 50).

Batu Kawan, syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam sektor pembuatan kimia, pengangkutan, pelaburan hartanah dan perladangan, ditubuhkan pada 9 Dis, 1965.

Jualan semasanya berjumlah US$4.11 bilion (US$1=RM4.277) dan mempunyai permodalan pasaran sebanyak US$1.8 bilion.

Forbes Media berkata syarikat Fab 50 dipilih daripada 1,694 syarikat awam di rantau ini dengan perolehan tahunan sekurang-kurangnya US$1.8 bilion.

Syarikat yang mengalami kerugian atau mempunyai perolehan kurang daripada lima tahun lepas tidak layak, katanya.

Senarai itu tidak termasuk syarikat yang mempunyai nisbah hutang yang tinggi, lebih 50 peratus milik negara atau lebih 50 peratus dimiliki oleh syarikat induk yang tersenarai.

Syarikat yang terlibat dianalisis menggunakan pelbagai langkah kewangan.

“Keputusannya adalah barisan saham mewah yang berprestasi tinggi, yang terbaik di rantau ini,” menurut Forbes Media, syarikat yang menerbitkan majalah Forbes and Forbes Asia, termasuk laman web, Forbes.com.

Katanya tiada syarikat dari Australia, Filipina, Singapura dan Thailand dalam senarai tahun ini.

Malaysia, Indonesia dan Vietnam, masing-masing mempunyai syarikat tersenarai dalam Fab 50 yang terkini, katanya sambil menambah syarikat ini adalah antara 20 peserta baharu bagi tahun ini.

China menjadi tumpuan berikutan ia mempunyai 29 syarikat dalam senarai tersebut, semuanya beribu pejabat di tanah besar, meningkat berbanding 22 syarikat pada tahun lepas.

Forbes Media berkata China mempunyai dua syarikat paling penting dalam senarai tersebut – Alibaba Group dan Tencent Holdings – masing-masing dengan permodalan pasaran sebanyak US$399 bilion dan US$387 bilion.

Dua buah syarikat itu turut berada pada kedudukan pertama dan kedua dari segi keuntungan bersih, kata Forbes Media.

India mempunyai lapan syarikat dalam senarai terkini itu, diikuti Hong Kong dan Jepun, masing-masing tiga syarikat, manakala Korea Selatan dan Taiwan mempunyai dua syarikat dalam Fab 50.

Senarai penuh boleh didapati di www.forbes.com/fab50 termasuk dalam terbitan terkini Forbes Asia yang boleh didapati di pasaran. – BERNAMA

Tags: Forbes Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Ukraine Sambut 25 Tahun Jalinan Diplomatik

Next Post

Khir Pulang Tagih Visa Haji Buat Kali Terakhir

Related Posts

Shila Amzah Masuk Senarai ’30 Bawah 30′ Forbes

28/03/2018
0

JIKA tahun lalu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa dan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under...

Next Post

Khir Pulang Tagih Visa Haji Buat Kali Terakhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd