• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sasar 111 Pingat Emas Sukan SEA Ke-29

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia sasar menjadi juara keseluruhan temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan, masing-masing dengan sasaran 111 dan 103 pingat emas.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor dan analisis yang membolehkan Malaysia menjadi juara keseluruhan.

“Kita pilih 111 dan 103 pingat emas setelah kita lihat kepada senario masa kini, ada sukan yang kita optimis, ada sukan yang kita lebih konservatif.

Ini adalah angka yang seimbang walaupun saya ada menerima analisis mengatakan kita akan dapat lebih banyak pingat dan ada juga lebih sedikit jumlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke KL2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Bendera bagi kontinjen Sukan SEA ke-29 diterima Ketua Kontinjen Datuk Marina Chin, manakala Datuk R.Subramaniam menerima Jalur Gemilang bagi kontinjen Sukan Para ASEAN kesembilan.

Dalam pada itu, Khairy berkata tiada sebarang sukan spesifik disasarkan sebagai ‘lubuk emas’ pasukan negara kerana tidak mahu ia memberi tekanan kepada atlet yang bertanding.

Sementara itu, mengulas sasaran negara itu, Marina yakin sasaran yang diumumkan adalah wajar dan mampu dicapai oleh kontinjen negara.

“Saya tidak nampak sasaran tersebut menjadi tekanan kepada saya tetapi saya tidak mahu sasaran tersebut menjadi tekanan kepada atlet. Kita tidak mahu tetapkan siapa yang akan beri pingat kerana saya percaya sesiapa pun boleh bagi pingat,” katanya.

Marina berkata sebagai seorang bekas atlet, beliau lebih suka meletakkan sasaran  kepada  memperbaiki   atau meningkatkan prestasi atlet dan seterusnya diterjemah kepada pungutan pingat.  – BERNAMA

Tags: Pingat Emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

Tendangan Syafiq Pastikan Malaysia Raih Emas Ke-30

15/05/2023
0

PHNOM PENH – Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mempamerkan prestasi ampuh pada final kyorugi welterweight (80kg) lelaki pada Sukan...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

14/05/2023
0

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd