Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Guna CCRIS Tuntut Hutang...

KUALA LUMPUR - Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu menyenaraikan penghutangnya...

DBKL Perlu Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menjalankan kajian semula sejarah...

Kerajaan Agih Semula Spektrum...

KUALA LUMPUR - Pengagihan semula spektrum pada jalur 900 Megahertz (MHz) dan 1,800MHz...

Annuar Musa Ketua Penerangan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

Malaysia Cipta Pelbagai Sejarah Anjur KL2017

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Malaysia mencipta pelbagai sejarah dan pencapaian menerusi penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal melabuhkan tirai Rabu ini.

Beliau berkata antara pencapaian terbaik termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang merangkul pingat emas dengan memecah rekod dalam acara kuda lasak.

“Pertama, sukan ini diadakan di bulan kita menyambut kemerdekaan. Kedua, pencapaian kita terbaik, ketiga, Tuanku Sultan Terengganu menghadiahkan emas kepada kita dengan memecah rekod dalam sukan kuda lasak,” katanya menerusi catatan pada laman blog beliau sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Dalam blog bertajuk ‘Sukan SEA Pengikat Solidariti Rakyat’ itu, Salleh berkata penganjuran temasya sukan dwitahunan membabitkan 11 negara Asia Tenggara itu turut membuktikan sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam menjayakan sukan berprestij itu.

“Keempat, ke mana sahaja PM (Perdana Menteri) kita pergi, sambutannya luar biasa. Sejak malam pembukaan lagi, rakyat bersorak gembira apabila sahaja kaca TV memaparkan wajah PM kita,” katanya.

“Itu tandanya sokongan dan terima kasih rakyat kepada kerajaan yang menganjurkan sukan berprestij di rantau Asia Tenggara ini,” kata Salleh.

Selain itu, katanya, KL2017 juga melakar sejarah apabila kali pertama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertanding dalam acara ekuestrian polo mewakili negara.

“Keenam, dan paling penting, sukan ini mengikat solidariti rakyat kita. Rakyat tanpa mengira kaum dan agama turun ke stadium menyokong kuat atlet kita.


“Kita sudah tentu menjadi juara keseluruhan. Betapa juara keseluruhan yang bakal kita capai adalah hadiah istimewa untuk kemerdekaan kita yang ke-60,” katanya.

Salleh seterusnya mengucapkan tahniah kepada Khairy yang telah menjadikan temasya sukan ini yang terbaik, malah usaha beliau membakar semangat para atlet cukup luar biasa.

“Momentum kemerdekaan betul-betul membakar semangat atlet kita untuk menjulang nama negara. Untuk sukan SEA ini, yakinilah ia pengikat solidariti kita. Tahniah Malaysia,” katanya.

Tuan rumah Malaysia semakin menghampiri sasaran 111 pingat emas yang kini berada di tangga teratas memperoleh 100 pingat emas setakat tengah hari ini. – BERNAMA

Kategori