• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Resepsi Siti Saleha Dan Ummi Nazeera Meriah!

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR sejak akhir-akhir ini banyak kita dengar khabar-khabar gembira dari selebriti tanah air. Yuna dengan pertunangannya, Aliff Aziz dengan timangan anaknya dan kini majlis resepsi Ummi Nazeera dan Siti Saleha yang diadakan semalam.

Kedua-dua pasangan mempelai nampak sama cantik sama padan dalam majlis resepsi yang diadakan selepas mereka selamat diijabkabul bulan lalu.

Ummi Nazeera yang telah diijabkabulkan pada 23 Julai lalu bersama pasangannya, Dr. Mohd. Izzar Anwari telah mengadakan majlis resepsinya malam tadi di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Pasangan ini telah mengenakan beberapa persalinan yang bertemakan ala Klasik daripada pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Seperti sebelumnya, majlis ini turut diserikan dengan persembahan tarian daripada pengantin dan juga ahli keluarganya.  Kali ini tarian Zapin pula yang dipersembahkan mereka. Wahhh..selalu artis akan menyanyi pada majlis respsi mereka, tetapi lain pula bagi Ummi ya.

Berlainan pula bagi pasangan romantis Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar yang memilih tema ala Inggeris pada majlis resepsinya semalam. Majlis yang serba meriah itu diadakan di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Sama seperti pasangan Ummi dan Izzar, pasangan ini turut menggayakan persalinan serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis semalam merupakan majlis resepsi ketiga buat Siti Saleha dan Lutfi selepas dinikahkan pada 29 Julai lalu.

Ramai di antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis ini seperti pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Yusri dan Lisa Surihani, Melissa Saila dan Vanida Imran.

Kepada sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar kedua-dua pasangan ini, kalian bolehlah search #mrimissesu untuk pasangan Ummi Nazeera dan #salehalutfi untuk pasangan Siti Saleha di laman sosial. Semoga kedua-dua pasangan ini hidup bahagia #tilljannah lah orang kata… – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Siti SalehaUmmi Nazeera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ummi Nazeera Bagi ‘Kaki’ Tak Mahu Anak Terlalu Manja

18/10/2018
0

PELAKON Ummi Nazeera berkata dia dan suami, Mohd Izzar sudah merancang untuk mendidik anak tanpa kemewahan kerana tidak mahu dia...

Ummi Nazeera Selamat Jadi Ibu

01/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Selangor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd