• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Diarah Selesai Tunggakan RM70 Juta Malindo Air

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya segera menyelesaikan isu berhubung kegagalan Malindo Airways Sdn Bhd, pengendali syarikat Malindo Air untuk menjelaskan tunggakan cukai lapangan terbang berjumlah kira-kira RM70 juta.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau membuat arahan itu ketika mengadakan pertemuan mengenai perkara itu dengan Pengerusi MAHB Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail pada minggu lepas.

“Saya telah mengarahkan MAHB untuk menangani isu ini. Mereka mengambil berat dan tidakan segera akan diambil bagi memastikan pembayaran dibuat mengikut masa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Lukisan Dinding Tapak Tangan Patriotik, di Jalan Genting Klang berhadapan Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (Pupalpot) hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beberapa pihak sebelum ini terdiri daripada aktivis sosial Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Malindo Air yang gagal melunaskan tunggakan cukai lapangan terbang yang sepatutnya dikutip oleh pihak MAHB.

Menurut mereka, bayaran itu yang dikutip Malindo Air daripada penumpang, perlu dibuat berdasarkan tempoh ditetapkan dan tidak boleh ditangguhkan.

Menjawab dakwaan kemungkinan wujud unsur penyelewengan dalam isu itu, Liow berkata pihak yang membuat dakwaan perlu tampil mengemukakan bukti bagi membolehkan siasatan dibuat.

Sementara itu, pada perasmian lukisan dinding berkenaan, Yew berkata lukisan tapak tangan itu adalah simbol mamaparkan tema semangat patriotisme rakyat Malaysia terhadap negara.

Beliau juga berharap dapat mengumpul kira-kira 60,000 tapak tangan orang ramai pada dinding sepanjang 600 meter itu sebagai simbolik sokongan rakyat terhadap sambutan kemerdekaan negara ke-60. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiIsu TunggakanMalindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd