LKIM menyambut baik pandangan dan langkah yang di utarakan oleh Menteri KPDNKK agar Ikan Kembong menjadi barangan kawalan kerana ingin memastikan sebarang spekulasi harga ikan tersebut oleh pihak orang tengah dapat dibendung dari terus meningkat secara tidak munasabah. Ikan Kembong merupakan salah satu ikan kegemaran rakyat Malaysia dan dianggap ikan pilihan rakyat.
Selain itu, LKIM telah mengambil langkah proaktif dengan membeli dan menambahkan stok ikan kembong jika lambakan berlaku di pasaran dan menyimpan di stok simpanan ikan sejuk beku kawasan lembah klang dan zon tengah dibawah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), kawasan Utara di bawah Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut bagi kawasan pantai timur.
LKIM juga mengambil langkah proaktif bagi membendung kekurangan bekalan ikan kembung dengan membuat sekatan eksport ikan kembong terutama pada musim2 tertentu spt musim tengkujuh dan musim perayaan. LKIM juga akan menambah stok dgn mengimport ikan kembung dari luar negara melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
Sebagai Pengerusi LKIM saya menyeru dan menggalakan para pengguna memilih ikan sejuk beku produk LKIM iaitu Q’Fish yang mana harga lebih terkawal, berpatutan, berkualiti dan segar. Ikan Q’Fish bagi kategori ikan kembong dijual RM10.00/kg yg mana dijual di bawah kelolaan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT). – BERNAMA