• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lin Dan Tumbang Di Tangan Axelsen

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GLASGOW – Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan pemain legenda, Lin Dan dalam dua set untuk merangkul kejuaraan perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow.

Pada usia 33 tahun, Lin Dan memburu gelaran keenamnya tetapi hajatnya disekat dalam kekalahan 22-20, 21-16 di tangan Axelsen yang 10 tahun lebih muda.

Axelsen adalah pemain Denmark ketiga merangkul kejuaraan perseorangan lelaki selepas Flemming Delfs (1977) dan Peter Rasmussen 20 tahun lalu, juga di Glasgow.

“Ia adalah impian saya untuk berada di final kejohanan dunia,” kata Axelsen, pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2014 dan Olimpik 2016.

“Tetapi sukar dipercayai dapat menewaskan Lin Dan. Sudah beberapa tahun saya menyaksikan dia bermain. Hari ini, saya mungkin tampak yakin, tetapi di dalam saya menggeletar seperti anak kecil.”

Bagi Lin Dan pula, ia adalah kekalahan yang cukup sukar diterimanya. “Jika saya menang set pertama, keputusannya mungkin berbeza,” kata jaguh dari China itu. “Tetapi di set kedua, tekanan tertumpu kepada saya.”

Dalam final perseorangan wanita, Nozomi Okuhara muncul pemain Jepun pertama menjuarai kategori itu dengan kemenangan 21-19, 20-22, 22-20 ke atas Pusarla V Sindhu dari India. – Agensi/BH Online

Tags: badmintonLin Dan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd