• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Akan Gempur Lebih 7,800 Restoran

oleh AK-47
15/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan terhadap 7,829 pembayar cukai di seluruh negara menerusi Op Saji dalam usaha meningkatkan pematuhan cukai dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengisytiharkan cukai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Abdul Manap Dim berkata operasi berkenaan akan memfokuskan kepada rantaian industri makanan seperti restoran, katering, kafeteria, kilang memproses makanan dan sebarang aktiviti berkaitan perniagaan makanan.

“Operasi ini bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos di seluruh negara, yang melibatkan tiga aktiviti iaitu Lawatan Banci Bisnes (LBB), Audit Cukai dan Siasatan Cukai,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kunjungan Mesra Hasil Berfokus dan Op Saji peringkat nasional di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi LBB, pihaknya akan menemuduga pemilik premis, mengumpul maklumat perniagaan dan membuat semakan sama ada perniagaan terbabit telah berdaftar dengan LHDN atau belum.

“Kemudian semakan audit menyeluruh terhadap syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan akan dilakukan dan mereka boleh dikenakan taksiran tambahan dan penalti jika didapati membuat pelaporan yang salah,” katanya.

Abdul Manap berkata kadar penalti yang boleh dikenakan ialah antara 45 peratus hingga 100 peratus daripada amaun cukai yang kurang dilaporkan.

Beliau berkata aktiviti siasatan pula merupakan langkah penguatkuasaan yang bertujuan untuk mencegah pelarian cukai, mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka di mahkamah jika didapati melakukan kesalahan.

Katanya seramai 1,479 pegawai dari 37 cawangan LHDN seluruh negara terlibat dalam operasi itu.

Sementara itu berucap pada majlis itu beliau berkata LHDN akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan operasi seumpama itu dengan lebih kerap kerana ia dapat meningkatkan kesedaran serta pematuhan cukai secara sukarela.

“Ia juga akan memberi isyarat kepada golongan yang tidak patuh atau mengelak membayar cukai bahawa LHDN serius dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga yakin impak daripada operasi berterusan itu dapat menarik kira-kira 20,000 pembayar cukai datang melapor kepada LHDN secara sukarela. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd