• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen Pengusaha Lori Ditarik Jika Angkut Bauksit Haram

oleh AK-47
06/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengusaha lori yang didapati terlibat dalam aktiviti pengangkutan bauksit haram bakal berdepan tindakan undang-undang selain lesen lori mereka ditarik balik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya walaupun pengeluaran lesen terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kementerian itu masih boleh mengarahkan SPAD mengambil tindakan tersebut.

“Kita boleh berbincang dan mengarahkan SPAD untuk ambil tindakan kepada mereka jika berlaku aktiviti pengangkutan bauksit haram kerana kerajaan telah mengeluarkan perintah moratorium yang membenarkan hanya bauksit dari simpanan dibawa ke pelabuhan.

“Sebab itu kita minta supaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masuk untuk siasat jika berlaku penyalahgunaan dalam aktiviti perlombongan bauksit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Liow ditemui semasa menghadiri Majlis Perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) cawangan Pahang di Indera Mahkota di sini yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ditanya mengenai cara mengenal pasti bauksit yang dibawa hanya dari kawasan simpanan dan bukan yang baru digali, Liow berkata perkara itu boleh dilakukan dengan kerjasama agensi terlibat dalam perlombongan termasuk polis dan Jabatan Alam Sekitar.

Liow menambah kementeriannya juga akan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan lebih banyak operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara serta-merta bagi menghalang pengusaha bauksit haram menghantar bauksit mereka ke pelabuhan.

Baru-baru ini SPRM menahan 18 buah lori yang mengangkut bauskit haram yang baru digali di Bukit Sagu dan Bukit Goh di sini, dalam operasi yang menyaksikan seorang pegawai kanan kastam dan sembilan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Pahang ditahan.

Sementara itu, mengulas perasmian Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota Sas di sini pada Rabu depan, Liow berkata beliau optimis projek terbabit akan meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan terlibat.

“Projek ini juga seiring dengan projek perluasan Pelabuhan Kuantan yang akan menyaksikan lebih banyah kargo dapat berlabuh (di Pelabuhan Kuantan) dan ECRL akan membantu menghubungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang.

“Landasan ECRL adalah landasan berkembar, bagaimanapun buat permulaan hanya satu landasan akan disiapkan terlebih dahulu kerana pembinaan ini melibatkan kerja menggali terowong di Bentong sejauh 18 kilometer,” katanya.

Sehubungan itu, Liow juga menyifatkan kewujudan TARC di Indera Mahkota sebagai tepat pada masanya kerana antara sasaran kursus yang akan diwujudkan di kolej tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang ialah kejuruteraan kereta api. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd