• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen Khas Umrah Berkuat Kuasa 1 Oktober

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berkuat kuasa 1 Okt depan, hanya agensi pelancongan yang mempunyai ‘Lesen Khas Umrah’ dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibenarkan mengendalikan pakej umrah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) kementerian itu, Nor Hayati Awang berkata ia bagi membolehkan pihak berkuasa memantau secara komprehensif agensi pelancongan terbabit  bagi membanteras kes penipuan pakej umrah.

“Hanya syarikat milik orang Islam sahaja yang boleh terlibat dalam pengendalian pakej tersebut. Sekarang ini, kita tiada lesen khas untuk pengendali umrah… ini penting bagi mengelak orang ramai tertipu,” katanya kepada pemberita pada Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Pakej Umrah/ Ziarah dan Hak Kepenggunaan di sini hari ini.

Katanya, mengikut rekod kementerian, terdapat kira-kira 500 syarikat aktif dalam pengendalian pakej umrah dan 96 kes penipuan pakej umrah dilaporkan membabitkan syarikat berlesen dan tidak berlesen sejak 2012 sehingga Julai 2017 berdasarkan statistiknya.

Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tempoh yang sama pula menunjukkan terdapat 3,656 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM22.615 juta di Tribunal Tuntutan Pengguna manakala Polis Diraja Malaysia turut merekodkan 281 kes penipuan pakej umrah/ haji dengan nilai kerugian RM10.771 juta. – BERNAMA

Tags: Lesen Khas UmrahNor Hayati Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya 132 Agensi Mohon Lesen Khas Umrah

15/10/2017
0

MELAKA - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerima sebanyak 132 permohonan untuk Lesen Khas Umrah (LKU) setakat 6 Oktober lepas sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd