• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KUKENAL Diminta Bersedia Bantu Pihak TLDM

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN insiden kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS John S McCain dilanggar kapal dagang, Alnic MC pada Isnin lalu, pelbagai agensi berkaitan dikerah mencari 10 mangsa hilang.

Terbaharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meminta bantuan pihak Kumpulan Keselamatan Nelayan (KUKENAL) kawasan sekitar kejadian pelanggaran itu untuk berada dalam keadaan sedia apabila diperlukan.

Baca: AS Gantung Operasi Tentera Laut Di Seluruh Dunia

Juga: Beberapa Mayat Ditemukan, Satu Oleh TLDM

Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Komander (Kehormat) PSSTLDM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, KUKENAL di Pengerang, Sedili, Mersing dan Endau diminta bersedia bantu pihak TLDM.

Tambahnya lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, ini terutamanya dalam operasi carilamat mangsa iaitu anak kapal perang AS tersebut jika diperlukan pada bila-bila masa.

Orang awam termasuk Komuniti Maritim Nelayan juga diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang petanda yang boleh membantu operasi carilamat mangsa.

Beliau juga meminta pihak nelayan memuat turun aplikasi Keselamatan, Kesedaran dan Komuniti Maritim (K3M) TLDM di telefon masing-masing bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada pihak berkuasa.

Aplikasi K3M yang dilancarkan pihak TLDM itu adalah salah satu usaha untuk membantu komuniti maritim jika berdepan dengan ancaman kecemasan ketika berada di laut.

Isnin lalu, USS John S McCain, sebuah kapal pemusnah peluru berpandu AS berlanggar dengan Alnic MC di perairan Singapura kira-kira jam 5.30 pagi.

Ini menyebabkan 10 kelasi hilang dan lima lagi cedera. Sementara itu, tiada laporan tumpahan minyak dilaporkan dan laluan trafik kapal di Selat Singapura tidak terjejas berikutan pelanggaran itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah

Tags: Alnic MCkapal USS John S McCainKumpulan Keselamatan Nelayan (KUKENAL)
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd