• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sabah Sita Sabun Pencuci Tiruan RM14,125

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah Yahya Sujak berkata kesemua barangan berkenaan dirampas di empat premis di sekitar Kota Kinabalu dan sebuah premis di Keningau kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Sebelum itu kita telah menerima laporan daripada sebuah syarikat sabun di Kuala Lumpur mengenai perkara itu semalam.

“Sejurus selepas laporan itu kita telah menggerakkan operasi serentak untuk membuat serbuan terhadap premis berkenaan yang melibatkan 23 pegawai KPDNKK bersama empat wakil pengadu daripada syarikat sabun berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun tiada individu ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Kita akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang terlibat dalam kes itu,” tambahnya.

Yahya berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 (2) (A) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu kesalahan membekalkan atau menawarkan apa-apa barangan tiruan dengan menggunakan cop dagang yang didaftarkan di Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata sejak Januari hingga 4 Ogos tahun ini, pihaknya telah merekodkan sebanyak 483 kes membabitkan pelbagai kes di bawah akta yang dikuatkuasakan KPDNKK di seluruh Sabah dengan jumlah rampasan kira-kira RM2.53 juta.

“Daripada jumlah kes itu, kita telah memungut denda di mahkamah sebanyak RM208,250,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd