SELEPAS melakar kejutan awal hari ini, Koperal Udara Muhammad Hafizuddin Mat Daud berjaya meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Atlet dari Tentera Udara Diraja Malaysia itu beraksi tenang sewaktu menewaskan wakil dari Thailand, Kiatkong Tanong dengan kiraan 13-7.
Terdahulu dia berjaya mengenepikan juara dunia 2017 dari Kemboja, Sok Chan Mean pada aksi separuh akhir penuh debaran iaitu 13-10.
Hafizuddin kemudian meneruskan lagi rentak kemenangan pada aksi final yang berlangsung di Arena Pentaque Kuala Lumpur.
Kemenangan ini menyaksikan Hafizuddin mempertahankan kejuaraannya yang pernah dimenanginya dalam temasya di Singapura dua tahun lalu.
Sementara itu, Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita petanque menerusi Suhartisera Zamri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

