• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Rezeki, Tauke Balak Bagi Kereta Free

oleh
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR Alhamdulillah, murah rezeki tauke balak muda ini. Perniagaan kayu balaknya kini semakin maju dan dia juga telah berjaya eksport dari kilangnya sehingga ke Thailand dan Dubai.

Baca: Wanita ‘Besi’: Dulu Tauke Kosmetik, La Ni Tauke Balak!

Pada Ahad lalu, Syamimi ada memuat naik posting barunya dekat Facebook miliknya yang mana dia menawarkan kereta Range Rover dan Audi TT miliknya kepada stokis dan pemborong produknya yang bertuah secara percuma!

Murah rezeki si cantik ni bila ramai yang memberi komen yang positif kerana dia bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan orang lain yang turut sama menjayakan perniagaan kosmetiknya itu.

Biasalah, bila dah berjaya mesti orang kecam. Jadi ada juga netizen yang dengki dengan kejayaannya pada usia muda ini. Tapi sikit pun langsung tak diendahkan olehnya.

Malah, ada juga lelaki di luar sana yang nak try Syamimi walaupun mereka tahu bahawa Syamimi ini isteri orang. Bagus juga apa yang lakukan oleh wanita kelahiran Kelantan ni.

Dia dapat menarik lebih ramai orang untuk turut serta bersamanya dalam perniagaan kosmetik tu. Jadi, ramai lah nanti yang nak apply jadi stokis atau pemborong produknya ni nanti.

Jutawan yang berjaya pada usia 19 tahun ini juga ada memuat naik satu posting tentang kisah kejayaannya sebelum bergelar jutawan. Sebelum ni pun dia bukanlah asal daripada keluarga yang senang.

Tapi sebabkan usahanya dan kegigihan dia untuk terus berjaya, kini dia sudah bergelar jutawan di usia yang sangat muda. Syamimi mula memulakan perniagaan sejak dia masih belajar dalam jurusan perniagaan lagi.

Dan dia mulakan kejayaannya ini dengan berniaga online sahaja. Itulah yang orang kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

“Dalam jangka masa satu tahun lebih saya berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik dan berjaya membina empayar perniagaan kosmetik saya sendiri, saya memiliki ratusan down line juga cawangan sehingga ke Jakarta, Indonesia, sehingga kini saya mempunyai rakan kongsi di Indonesia dan memiliki Ibu pejabat di Indonesia serta rangkaian stokis,” katanya dalam posting tersebut.

Kata Syamimi, dulu dia cuma memilik sebuah kereta murah iiatu Proton Satria yang dibelinya hasil daripada wang simpanannya semasa berniaga.

Tapi sekarang, dia boleh membeli kereta mewah Porsche secara tunai yang berharga setengah juta! Rumah miliknya itu juga dibeli secara tunai yang mana turut bernilai setengah juta.

Selain itu, Syamimi dan suami juga memiliki aset yang lain seperti kereta Range Rover Evoque, Skyline GTR, Audi TT, Mini Cooper Country Man dan banyak lagi. Itu semua merupakan hasil titik peluh perniagaannya sendiri.

“Dari modal dan pengalaman perniagaan inilah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan kayu balak.

“Kini saya memiliki kilang memotong kayu balak sendiri dan kini juga saya mengeksport papan-papan yang di proses di kilang saya ke Thailand dan rantau Asia.”

Syamimi juga berharap agar kisah kejayaannya ini dapat memberi sumper inspirasi kepada anak muda yang lain untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan.

Jangan ingat orang muda tak boleh berjaya. Asalkan ada usaha yang gigih, disiplin dan rasa ingin mengubah nasib, semuanya boleh terjadi jika kita berusaha keras. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Bukit Berlian Gusar Setiap Kali Hujan Lama

Next Post

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Disengat Tebuan

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

09/07/2025
0

KUALA SELANGOR: Polis merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan pengayuh basikal disyaki menghalang laluan bas, Ahad...

Next Post

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Disengat Tebuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd