• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sakit Belakang Tak Halang Harrif Sumbang Emas

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Melawan kesakitan akibat keretakan pinggang yang dialami pelumba elit negara Mohd Harrif Saleh, tiga minggu sebelum Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berlangsung, nyata berbaloi apabila beliau berjaya mempertahankan emas dalam acara Kriterium Lelaki di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Pada awalnya, beliau turut runsing mengenai peluangnya untuk menyertai KL2017, dan keputusan itu bergantung kepada Institut Sukan Negara (ISN) sama ada boleh membenarkannya untuk berlumba.

“Saya berterima kasih kepada ISN kerana banyak membantu saya dan mula-mula saya bimbang juga dengan keadaan saya sebab mereka (ISN) tak berani nak lepaskan saya berlumba tapi semangat saya kuat, sebab nak buat yang terbaik selaku tuan rumah, jadi saya cuba lawan benda ni.

“Sakit tu memang ada lagi tapi saya rasa nak hadiahkan sesuatu kepada Malaysia dan dalam masa yang sama, saya pun nak pertahankan emas saya di Singapura (pada 2015) dan alhamdulillah, hari ini saya pertahankan emas,” katanya kepada pemberita selepas acara penerimaan pingat di sini.

Pingat acara Kriterium Lelaki dikalungkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang hadir menyaksikan acara berkenaan, manakala Kriterium Wanita oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab.

Pada edisi ke-28 di Singapura, dua tahun lalu, Mohd Harrif merangkul emas acara yang sama selain meraih satu lagi emas dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berkata kemenangannya hari ini turut manis apabila abangnya Mohd Zamri Saleh yang juga anggota TLDM, Lumut meraih gangsa acara yang sama.

“Sebelum ini kami tidak pernah menang bersama, dan ini kali pertama. Saya rasa kemenangan ini tidak ternilai,” katanya sambil menegaskan bebannya untuk menghadiahkan emas buat negara dalam acara kegemarannya Kriterium berkurangan selepas meraih pingat.

Bagi Mohd Zamri, beliau berterima kasih kepada TLDM kerana memberi pelepasan kepadanya untuk menyertai kem negara bagi temasya dwitahunan itu.

“Pertandingan hari ini saya rasa tidak mudah untuk kami dapatkan emas tapi berkat doa seluruh rakyat Malaysia, kami berjaya meraih pingat emas dan gangsa. Pada 24 Ogos ini, kami ada satu lagi acara lebuh raya di Nilai dan kami akan mempertahankan apa yang kami menangi di Singapura dua tahun dulu,” katanya.

Pemenang pingat perak Kriterium Wanita, Ju Pha Som Net pula berkata beliau berbangga dengan pencapaiannya kali ini berbanding gangsa di Singapura.

“Rakan pasukan memainkan peranan penting dan saya berterima kasih kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir kerana membantu saya memenangi pingat,” katanya.

Hari ini Malaysia meraih tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa dalam acara Kriterium Lelaki dan Wanita. – BERNAMA

Tags: acara KriteriumSukan SEA Ke-29
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Beradik Hadiahkan Emas, Gangsa Kriterium Lelaki

21/08/2017
0

PUTRAJAYA – Mohd Harrif Salleh dan abangnya Mohd Zamri masing-masing menghadiahkan pingat emas dan gangsa buat Malaysia dalam acara Kriterium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd