• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Masoc Lancar Program Satu Pingat Satu Pokok

oleh Ahmad Albab
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan (KL2017), sebatang pokok akan ditanam bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet kebangsaan pada temasya sukan berkenaan.

Ia merupakan program terbaru Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’ bertujuan mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang KL2017 berlangsung.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut berkata program itu selari dengan misi KL2017 yang mahu meninggalkan legasi bermakna dengan menyokong usaha membaik pulih kawasan hutan tertentu.

“KL2017 bukan semata-mata landasan memburu pingat, ia juga adalah platform untuk perlaksanaan program legasi yang mampu meninggalkan impak positif kepada generasi muda.

“Inisiatif Hijau, contohnya, telah dilaksanakan untuk menghebah, mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni mengenai alam sekitar,” jelas Khairy selepas mendahului aktiviti menanam pokok di kawasan Mini Forest yang terletak di Bandar Sukan Kuala Lumpur sebagai simbolik pelancaran yang juga merupakan fasa pertama daripada empat fasa dalam program tersebut.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masoc, Datuk Seri Zolkples Embong, Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan Pengerusi Eksekutif SCGM Berhad, Datuk Seri Lee Hock Seng.

Fasa kedua program tersebut adalah pemberian anak-anak pokok kepada para atlet di podium sewaktu pingat dikalungkan pada KL2017 diikuti fasa ketiga iaitu acara menanam pokok bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet negara.

Sementara fasa keempat pula adalah aktiviti penanaman anak pokok di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula dari Oktober ini sehingga Mac 2018 yang melibatkan sejumlah 5,249 anak pokok. – BERNAMA

Tags: Masoc
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MASOC Jawab Isu Artis Lewat Dapat Bayaran

30/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 dukacita kerana beberapa artis dan pihak lain didakwa masih belum...

MASOC Siasat Keracunan Makanan Atlet Malaysia

25/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Semua atlet negara dalam kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dipercayai mengalami keracunan makanan kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd