• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Makaf Puas Hati Pencapaian Atlet

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) berpuas hati dengan prestasi cemerlang skuad negara yang berjaya menamatkan cabaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan mengumpul dua pingat emas dan tiga pingat gangsa serta dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pencapaian Malaysia kali ini disifatkan lebih baik apabila berjaya melepasi sasaran temasya dwitahunan itu yang menyaksikan negara merangkul dua emas bagi acara berkenaan, Selasa lepas.

Kem karate menghadiahkan emas menerusi Syakilla Saini Jefry Krisnan dalam acara kumite wanita bawah 55kg dan R.Sharmendran dalam acara kumite lelaki bawah 75kg.

Pingat gangsa disumbangkan oleh S. Prem Kumar (kumite lelai bawah 55kg), M. Mathivani (kumita wanita bawah 68kg dan A. Somanroy dalam acara kumite lelaki atas 75kg.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, di sini hari ini.

Mohd Ali. yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), turut merakamkan kata-kata semangat kepada barisan pesilat negara pada KL2017 susulan tidak dapat hadir menyaksikan acara itu kerana akan menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali, yang juga Anggota Parlimen Bukit Katil, turut mengumumkan sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Bukit Katil kepada raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang merupakan anak kelahiran Melaka.

“Kita menghargai sumbangan Khairul Hafiz dalam mengharumkan nama negeri dan juga negara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: MakafTan Sri Mohd Ali Rustam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ali Rustam Dilantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif Karate Dunia

Ali Rustam Dilantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif Karate Dunia

29/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Tun Mohd Ali Rustam dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF)...

Mohd. Ali Sindir Calon PKR Gagal Bela Nasib Rakyat

29/04/2018
0

MELAKA – “Seorang isteri tidak dijaga, ini nak kahwin dua,” merupakan sindiran Tan Sri Mohd Ali Rustam mengulas tindakan Naib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd