• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pinjam Dewan Bedah Bergerak ATM Bagi HPP

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan akan memohon kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meminjam dewan bedah bergerak bagi menampung keperluan di Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan dewan bedah di hospital itu sedang dalam proses naik taraf.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya terpaksa membuat permohonan itu berikutan berlaku kelewatan bagi projek naik taraf 10 buah dewan bedah di HPP.

“Projek itu dijalankan sejak Februari tahun lepas…sepatutnya ia telah 66 peratus siap tetapi sehingga hari ini baru 60 peratus. Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana timbul beberapa masalah antaranya pesakit terpaksa dihantar ke hospital lain untuk menjalani pembedahan.

“Ketika ini mereka (pesakit) yang perlu menjalani pembedahan terpaksa dihantar ke hospital lain seperti di Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Kepala Batas malah ke hospital swasta untuk pembedahan. Saya bimbang jika kes membabitkan pembedahan serius ia akan menimbulkan masalah kepada pesakit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di HPP di sini hari ini.

Beliau berkata kontraktor projek itu telah memberi jaminan naik taraf 10 buah dewan bedah berkenaan akan siap sepenuhnya pada 15 Okt ini dan pihak mereka akan menjalankan kerja 24 jam sehari.

“Sementera projek itu disiapkan, Kementerian Kesihatan akan meminjam dewan bedah bergerak daripada ATM bagi mengatasi masalah itu, dulu kami pernah pinjam untuk digunakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor semasa kejadian kebakaran.

“Saya juga telah bercakap dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung permohonan meminjam dewan bedah bergerak itu dan beliau bersetuju untuk memberinya dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dr Hilmi berkata selain projek naik taraf dewan bedah itu, beberapa projek naik taraf lain antaranya pendawaian elektrik, pembinaan blok tambahan dan parkir turut dijalankan di HPP membabitkan kos RM14 juta dan semuanya mengikut jadual yang ditetapkan.

“Projek-projek naik taraf lain itu akan siap sepenuhnya Februari tahun depan dan ia akan memberi keselesaan kepada orang ramai serta pesakit di HPP,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd