• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM, BNM Siasat Insurans Kesihatan Kena Caj Pentadbiran

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini mendedahkan amalan tidak beretika syarikat insurans kesihatan mengenakan caj pentadbiran kepada hospital yang boleh menyebabkan kos perubatan di negara ini melambung.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM)  bagi menyiasat perkara tersebut yang dipercayai diamalkan oleh hampir semua syarikat insurans.

“Sebagai contoh, hospital memberi bil kepada syarikat insurans RM1,000 bagi kos rawatan pesakit, syarikat insurans hanya bayar RM900 sahaja kepada hospital, baki RM100 pula dikira sebagai caj pentadbiran atau perkhidmatan.

“Selepas itu apa yang akan dibuat oleh hospital swasta ini? Mereka akan naikkan amaun bil itu kemudian, jadi kos perubatan akan meningkat,” katanya pada sidang media di sini.

Dr Subramaniam berkata perkara itu telah lama diamalkan oleh syarikat insurans di negara ini namun hanya dibawa ke pengetahuannya oleh beberapa wakil hospital swasta baru-baru ini.

Katanya pihak hospital swasta terpaksa mengikut kehendak syarikat insurans kesihatan kerana takut kehilangan pesakit.

“Jika hospital swasta enggan membayar caj pentadbiran itu syarikat insurans akan mengeluarkan mereka daripada senarai hospital panel dan menasihatkan pelanggan mereka mendapatkan rawatan di hospital lain,” katanya.

Dr Subramaniam berkata  beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min untuk bekerjasama dengan BNM bagi mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan syarikat insurans kesihatan menjalankan perniagaan secara profesional. – BERNAMA

Tags: BNMDatuk Seri Dr S.SubramaniamKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd