• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Terima Teguran Laporan Audit 2016

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan memperbaiki kelemahan yang telah digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 yang dibentangkan semalam, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri menganggap ia sebagai satu teguran yang baik dalam memastikan segala kelemahan serta kekurangan dapat diatasi pada masa hadapan.

“Itu satu teguran yang baik dan kita (kerajaan negeri) terima kerana fungsi audit itu untuk membantu kita mengenal pasti kelemahan dan kekurangan agar ia dapat diperbaiki.

“Bagaimanapun kelemahan yang disebutkan itu lebih kepada pengurusan dalaman yang saya rasa ia boleh diperbaiki dan bukannya berkaitan penyalahgunaan ataupun pembelian yang begitu banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017 di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Zambry berkata secara keseluruhannya prestasi kerajaan negeri Perak masih berada di antara yang terbaik di dalam negara.

“Dari segi keseluruhannya sewaktu mesyuarat audit kebangsaan yang diadakan di Perak bulan lepas, Perak sudah mendapat pengiktirafan yang baik.

“Daripada 20 jabatan yang diaudit, 15 telah mendapat lima bintang maknanya telah mencapai 75 peratus. Ia sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri yang mendapat pengiktirafan pengurusan tertinggi dan terbaik dalam negara,” katanya.

Jabatan yang mendapat lima bintang itu antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri, katanya.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, sebanyak 12 jabatan serta pejabat kerajaan negeri di Perak didapati tidak mematuhi peraturan dan prosedur utama berkaitan pengurusan kewangan.

Laporan itu menyebut, antara kelemahan dikesan ialah penggunaan panjar wang runcit; kawalan perbelanjaan; setem pos/mesin franking dan peti besi yang tidak digunakan walaupun dibeli.

Antara jabatan dan pejabat kerajaan negeri yang dikenal pasti tidak mematuhi peraturan dan prosedur adalah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak; Pejabat Agama Islam Taiping serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut Matang dan Selama Taiping. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd