• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khir Pulang Tagih Visa Haji Buat Kali Terakhir

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Lantaran tidak mahu menghampakan peserta Kembara Inspirasi Haji dan pihak lain, seorang daripada anggota kembara pulang ke Kuala Lumpur semalam, dalam cubaan kali terakhir untuk menagih visa haji bagi memastikan mereka dapat terus mencapai aspirasi dan menamatkan pengembaraan dengan mengerjakan haji di Tanah Suci.

Pengarah Projek, Khir Ariffin berlepas pulang dengan membawa segunung harapan agar Tabung Haji atau Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur dapat mengeluarkan visa haji untuk peserta kembara yang terkandas di sini sejak empat hari lepas setelah dimaklumkan bahawa permohonan visa haji mereka ditolak Tabung Haji.

“Waktu masih ada bagi kita peserta kembara untuk mendapatkan visa haji dengan ketentuan Allah SWT… kita hanya perlu berusaha kerana ini satu ujian.

“Kembara ini bukan pengembaraan yang kita buat secara spontan tetapi kita sememangnya telah merancang sejak sekian lama dan telah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab termasuk Tabung Haji mengenai pengembaraan ini sebelum memulakan perjalanan,” katanya di lapangan terbang antarabangsa Dubai, di sini.

Sejak dimaklumkan permohonan visa haji ditolak, Khir dan peserta lain terkilan serta sedih, namun tidak putus-putus mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pelbagai pihak berkaitan cara untuk mendapatkan visa haji, termasuk daripada konsul jeneral Malaysia di sini.

Selain itu, wakil Pertubuhan Kembara Amal (PEKA) yang menganjurkan kembara ini, masih berurusan dengan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan Tabung Haji untuk mendapatkan bantuan permohonan visa haji.

Semasa di Kuala Lumpur, Khir akan menemui pegawai tinggi Tabung Haji termasuk Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan pegawai Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, untuk menagih visa haji buat kali terakhir.

Peserta kembara telah menamatkan pengembaraan setelah melakukan perjalanan 14,700km merentasi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran dan Emiriah Arab Bersatu menaiki dua kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Lumpur pada 18 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: Khir AriffinVisa Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tabung Haji Tanggung Kos Bayaran Visa Jemaah

26/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) yang...

Jemaah Haji Perlu Bayar Visa – Mujahid

22/01/2020
0

SEPANG - Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) ke atas setiap jemaah bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd