• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Tiada Masalah Dapatkan Lesen Beraksi Di AFC

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin usahanya untuk mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan ia beraksi dalam Piala AFC musim depan tidak akan menghadapi masalah.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata pihaknya melakukan segala yang boleh termasuk memohon bantuan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) bagi memastikan usaha KFA berhasil.

“Kita lakukan semua yang terbaik untuk mendapatkan lesen sebelum tarikh akhir iaitu Oktober ini. Setakat ini kita tidak mempunyai masalah memandangkan KFA telah melepasi audit pertama oleh AFC pada Jun lalu.

“Cuma ada beberapa aspek yang perlu kita perbaiki dan kami yakin semuanya akan selesai sebelum tarikh akhir yang ditetapkan AFC, ” katanya kepada pemberita di tapak Kompleks Litar Sukan Bermotor di Bandar Amanjaya dekat sini, hari ini.

Isu lesen tersebut timbul apabila Presiden FAM  Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa hanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat beraksi di kejohanan Piala AFC memandangkan Kedah tidak mempunyai lesen kelab tersebut.

Kedah layak secara automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017.  Sebelum ini hanya JDT pencabar dari Malaysia pada pertandingan bola sepak berstatus kelab kedua berprestij di Asia itu.

Bagaimanapun, KFA perlu terlebih dahulu mendapatkan lesen tersebut memandangkan AFC telah mengubah peraturannya baru- baru ini dengan mewajibkan semua pasukan yang bertanding di kejohanan anjuran AFC mempunyai lesen kelab AFC bagi saingan musim 2018.

Setakat ini hanya JDT yang mempunyai lesen kelab AFC daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Aminuddin OmarKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesalah Buli Perlu Dikenakan Hukuman Paling Keras

Next Post

Malaysia Lepasi Sasaran 30% Wanita Pembuat Keputusan

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

Malaysia Lepasi Sasaran 30% Wanita Pembuat Keputusan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd